Tuti merupakan wakil tunggal Malaysia dalam rancangan tersebut.
PETALING JAYA - Peserta program pencarian #model Asia's Next Top Model musim keempat, Nuraini Noor, 24, enggan melayan komen dan tohmahan negatif yang diterima selepas namanya diumumkan sebagai salah seorang perserta rancangan tersebut.
Nuraini atau nama pentasnya Tuti berkata, dia mahu #terus fokus terhadap sisi positif pertandingan tersebut dan percaya ia dapat membawa kariernya ke peringkat lebih tinggi.
"Saya percaya, dengan memberi fokus terhadap sisi positif pertandingan, ia akan memberi kelebihan terhadap karier peragaan saya.
"Ini merupakan peluang saya untuk menonjol dan mewakili negara dalam pertandingan yang agak sukar untuk disertai," katanya ketika ditemui pada majlis sidang #akhbar program berkenaan di TGV One Utama, Damansara di sini sebentar tadi.
Tuti dikecam oleh pengguna internet apabila namanya diumumkan sebagai peserta Asia's Next Top Model. Menerusi komen-komen di media sosial, Tuti dikatakan bakal menjadi #penghuni neraka.
Tuti merupkan antara 14 peserta yang dipilih untuk menyertai Asia's Next Top Model musim keempat dan satu-satunya wakil dari Malaysia.
Asia's Next Top Model musim keempat mula bersiaran pada malam esok pada pukul 9 malam di saluran Starworld (Astro 711 dan 722). - K! ONLINE
Tuesday, 8 March 2016
Filled Under:
Tuti atau nama asalnya Nuraini enggan melayan komen negatif setelah namanya tersenarai sebagai Asia's Next Top Model
Posted By:
Unknown
on 17:48
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment