###Bayi perempuan yang dilahirkan beberapa minggu yang lalu memiliki mata yang tersembul keluar dan hanya separuh daripada bahagian kepalanya terbentuk.
Sebaik orang ramai mengetahui tentangnya mereka berkumpul di depan pusat rawatan tersebut bagi menyaksikan sendiri bayi ajaib ini. Namun bayi tersebut meninggal dunia selepas 48 jam dilahirkan kerana kegagalan jantung.
Doktor menyatakan kejadian pelik ini berlaku akibat tabiat tidak menjaga pemakanan sepanjang mengandung. Selain itu, Savita tidak pernah menjalankan pemeriksaan sepanjang bayi berkenaan dalam kandungannya.
Ini kerana pemeriksaan secara berkala penting bagi ibu hamil bagi memastikan bayi yang dikandung benar-benar sihat.
Savita yang sudah sembuh sepenuhnya kini sudah dibenarkan pulang oleh doktor.
0 comments:
Post a Comment