Petua Untuk Dapatkan Anak Kembar | Sudah pasti ramai yang google di internet cara dan Petua Untuk Dapatkan Anak Kembar. Bukan senang nak dapat anak kembar..betul tak? Tapi semua orang yang berkahwin mesti akan ada perasaan mahukan anak kembar. Lagi-lagi jika comel si kembar lelaki dan perempuan.. Nanti wife boleh la berehat 3-4 tahun dari mengandung. Saya akan kongsikan petua dan doa- doa untuk mendapatkan anak kembar.
Antara Petua- petua yang boleh diamalkan ialah :
1. Mestilah kita perlu berdoa kepada Allah.
Doa untuk mendapatkan anak kembar
i) Surah As-Saaffaat Ayat 120:
MAKSUDNYA : SALAM SEJAHTERA KEPADA NABI MUSA DAN NABI HARUN!.
ii) Surah As-Syura ayat 50:
MAKSUDNYA
: IA MENGURNIAKAN MEREKA KEDUA-DUANYA – ANAK LELAKI DAN PEREMPUAN, DAN
LA JUGA MENJADIKAN SESIAPA YANG DIKEHENDAKINYA MANDUL. SESUNGGUHNYA IA
MAHA MENGETAHUI, LAGI MAHA KUASA.
2. Minta doa daripada orang-orang yang soleh.
Firman Allah Taala dalam surah An-Nahl ayat 43:
MAKSUDNYA
: “OLEH ITU BERTANYALAH KAMU (WAHAI GOLONGAN MUSYRIK) KEPADA
ORANG-ORANG YANG BERPENGETAHUAN UGAMA JIKA KAMU TIDAK MENGETAHUI.”
3. Nazar yang tidak bertentangan dengan syarak.
Firman Allah Taala dalam surah Ali Imran ayat 35:
MAKSUDNYA
: “(LNGATLAH) KETIKA ISTERI LMRAN BERKATA: TUHANKU! SESUNGGUHNYA AKU
NAZARKAN KEPADAMU ANAK YANG ADA DALAM KANDUNGANKU SEBAGAI SEORANG YANG
BEBAS (DARI SEGALA URUSAN DUNIA UNTUK BERKHIDMAT KEPADAMU SEMATA-MATA),
MAKA TENIMALAH NAZARKU; SESUNGGUHNYA ENGKAULAH YANG MAHA MENDENGAR, LAGI
MAHA MENGETAHUI.”
4) Jangan menzalimi binatang.
Firman Allah Taala dalam surah Ali Imran ayat 36:
MAKSUDNYA
: “MAKA APABILA IA MELAHIRKANNYA, BERKATALAH IA:WAHAI TUHANKU!
SESUNGGUHNYA AKU TELAH MELAHIRKAN SEORANG ANAK PEREMPUAN (SEDANG YANG
AKU HARAP-HARAPKAN IALAH ANAK LELAKI), DAN ALLAH MEMANG MENGETAHUI AKAN
APA YANG DILAHIRKANNYA ITU – DAN MEMANGLAH TIDAK SAMA ANAK LELAKI DENGAN
ANAK PEREMPUAN; DAN BAHAWASANYA AKU TELAH MENAMAKANNYA MARYAM, DAN AKU
MELINDUNGI DIA DENGAN PELIHARAANMU, DEMIKIAN FUGA ZURIAT KETURUNANNYA,
DARI GODAAN SYAITAN YANG KENA REJAM (YANG DIKUTUK DAN DISINGKIRKAN)”.
Selain perkara di atas, faktor lain yang menpengaruhi ialah:
1.
Genetik – Jika dalam salasilah keluarga anda terdapat pasangan yang
mempunyai anak kembar, kemungkinan besar anda juga mampu mendapat anak
kembar. Ini kerana trait sedemikian mungkin telah diturunkan pada diri
anda. Trait yang dimaksudkan ialah penghasilan 2 ovum secara serentak
dalam satu masa.
2.
Umur – Wanita yang berumur 35 hingga 40an dan ke atas, mempunyai
potensi yang lebih besar untuk mendapat anak kembar. Pada ketika ini,
kebanyakan wanita akan mengambil rawatan untuk kesuburan. Tambahan pula,
mereka akan lebih cenderung untuk menghasilkan lebih dari satu ovum
semasa proses ovulasi, kerana proses tersebut telah terganggu oleh
proses perimenopause.
3.
Bilangan Anak – Lagi banyak bilangan seseorang individu pernah
melahirkan anak, lagi tinggi peluang beliau untuk melahirkan anak kembar
selepas itu.
4.
Berat Badan dan Ketinggian – Perempuan yang tinggi atau perempuan yang
lebih berat mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat
anak kembar.
5.
Diet – Pengambilan makanan tertentu yang mengandungi kandungan estrogen
yang tinggi mampu meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.
6.
Pengambilan Ubat Kesuburan – Pengambilan ubat kesuburan boleh
meningkatkan kebarangkalian seseorang untuk menghasilkan dua ovum dalam
satu proses ovulasi, sekaligus meningkatkan kebarangkalian mendapat anak
kembar.
7.
Selain berkahwin dengan keturunan kembar, sebenarnya banyak cara untuk
mendapatkan anak kembar. Tetapi kebanyakkannya adalah cara yang tidak
sihat seperti mengandung di usia tua, mengandung ketika masih menyusui
bayi, hamil di waktu si ibu gemuk dan sama waktu denganya. Memang boleh
terjadi mendapat anak kembar tetapi kandungan tidak sihat. Kemungkinan
keguguran pun tinggi, anak kembar tidak sihat atau kandungan bermasalah
juga tinggi.
8.
Banyakkan makan ubi, kentang dan susu. Tiga jenis makanan ini dapat
meningkatkan ovulasi pada telur dan mungkin boleh dapatkan anak kembar.
Ada yang kata, jika kita teratur minum susu dari zaman muda mudi,
kebarangkalian untuk mendapatkan anak kembar itu tinggi. Juga, jika anda
amalkan memakan ubi, kentang dan susu, ia bukan sahaja baik untuk
mendapatkan anak kembar, tetapi juga salah satu cara untuk mendapatkan
anak bagi pasangan yang sudah lama berkahwin tetapi tidak ada rezeki
untuk mendapatkan anak.
Sumber:viralcinta
0 comments:
Post a Comment