Thursday, 10 March 2016
Filled Under:
Gerhana matahari petanda kemarau panjang selama 6 bulan. Tanda kiamat semakin hampir ? - sila share ~
Posted By:
soyacincau
on 20:51
JOHOR BARU, 10 Mac — Walaupun mengujakan, fenomena gerhana matahari semalam dijangka membawa petanda bahawa Malaysia akan mengalami musim panas dan kemarau panjang sehingga September seperti pada tahun 1995.
Pensyarah kanan Fakulti Geoinformasi dan Hartanah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Othman Zainon dilapor Kosmo! berkata purata bacaan suhu cuaca kini ialah 32 dan 33 darjah Celsius, namun dijangka meningkat sehingga 35 darjah Celsius atau lebih selepas ini.
“Tarikan graviti bulan dan matahari pada permukaan laut yang berlaku semasa fenomena gerhana matahari menyebabkan suhu meningkat.
“Ia dijangka mengakibatkan kemarau dalam tempoh empat hingga enam bulan akan datang di negara ini yang turut disumbangkan oleh fenomena El Nino ketika ini,” katanya kepada akhbar itu.
Katanya, kajian universiti bersama sekumpulan pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Geomatik UTM turut mendapati cuaca panas berkait rapat dengan tiupan angin yang berhenti ketika gerhana berlaku.
Katanya, kemarau akibat gerhana matahari pernah berlaku pada tahun 1995 dan negara mengalami cuaca panas yang panjang pada ketika itu.
Sementara itu, pegawai di Jabatan Mufti Johor, Hanafiah Abdul Razak juga berkata fenomena gerhana semalam adalah ulangan 21 tahun lalu apabila Johor ketika itu diuji dengan kemarau sehingga menyebabkan wabak penyakit menyerang tanaman dan tumbuhan.
“Gerhana matahari pada tahun 1995 (1416 Hijrah) menyaksikan Johor diuji dengan kemarau sehingga membawa kepada wabak penyakit yang menyerang tanaman dan tumbuhan.
“Semoga ulangan gerhana matahari 21 tahun ini memberi limpahan hujan yang seragam untuk kesuburan negeri Johor,” kata penolong pegawai Hal Ehwal Islam Bahagian Falak itu dipetik Berita Harian Online.
Selasa lepas, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Datuk Che Gayah Ismail menjelaskan bahawa cuaca panas yang dialami sekarang cuma diramal kembali normal pada bulan Jun. -themalaymailonline
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment