Friday, 11 March 2016

Filled Under:

TakTahu Nak Cakap APA ! Guru di Sek Men Keb Agama Tun Juhar Sandakan mewujudkan Grup Whatsapp Video Lucah ?




PETALING JAYA: Perbuatan seorang guru mewujudkan kumpulan WhatsApp dan memuat naik video lucah untuk tatapan anggota kumpulan itu dipandang serius oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS).


Justeru, satu siasatan sedang dijalankan terhadap guru yang sudahpun dikenal pasti identitinya.


Pengarahnya Datuk Jame Alip berkata, jabatan tidak akan berkompromi dan tindakan tegas akan diambil terhadap guru itu jika terbukti melakukan perbuatan tidak bermoral itu kerana ia jelas mencemarkan nama baik jabatan dan profesion guru.


“Kami telah mengenal pasti guru terbabit, bagaimanapun perkara itu masih dalam peringkat siasatan.


“Sebagai seorang guru, perbuatan tidak bermoral dan melanggar etika sebagai seorang pendidik tidak sepatutnya berlaku,” katanya lapor Bernama.


Beliau ditemui ketika melakukan lawatan mengejut di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Juhar semalam. - freemalaysiatoday




0 comments:

Post a Comment