huhuuhuhuhuhuhuhu
Gara-gara
video mesra ketika keluar bersama dengan suami Adira, Datuk Seri Adnan
Abu terdedah kepada umum, Ruhainies berasa dirinya seperti diperangkap
oleh individu yang sengaja mahu menyebarkan video itu. Beliau pada masa
yang sama turut menafikan mempunyai hubungan istimewa dengan Datuk Red,
tetapi mengaku pernah bertemu dengannya atas urusan kerja.
“Ya,
itu memang saya dan kami memang ada berjumpa pada Khamis lalu atas
urusan kerja dan saya ditemani oleh adik, pembantu peribadi serta
beberapa kawan yang lain. Namun demi Allah, kami tiada sebarang hubungan
istimewa, cuma saya rasa telah diperangkap kerana gambar peluk di
bahagian pinggang itu saya tidak sedar pun bila ianya telah berlaku”
“Saya
seperti diperangkap oleh dia untuk tujuan kontroversi dan popular
dengan cara yang salah. Saya menyesal sangat terima perlawaan dia untuk
berjumpa pada Khamis lalu sehingga muncul gambar-gambar begini. Saya
percaya ada orang lain yang diupah untuk mengambil gambar kami untuk
menampakkan seperti sedang bermesra dan sebarkan kepada umum”
Bagaimanapun,
ketika ditanya mengenai dakwaan Ruhainies yang mengatakan video itu
sengaja diambil oleh orang upahan Datuk Red ketika beliau memegang
pinggannya, Datuk Red menepis dakwaan itu namun tidak menolak
kemungkinan ingin berkawan dengan lebih dekat dengan pelakon itu,
mahupun mengambilnya sebagai calon isteri yang ketiga.
“Secara
jujurnya saya memang mahu berkawan dengan dia dan tidak salah rasanya
kerana dia juga bujang. Saya pula masih ada dua kekosongan lagi. Isteri
pertama tidak ada masalah kalau ingin berkahwin lagi, cuma dengan Adira
sahajalah sukar untuk berbincang kerana kena ikut ‘angin’ dia dahulu,”
katanya kepada m Star Online berhubung perkara itu.
Terdahulu,
penyanyi terkenal, Adira telah berkahwin dengan ahli perniagaan itu
sebagai isteri yang kedua di Songkhla, Thailand pada tahun 2015 lalu dan
disahkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah. Namun apa yang menarik
perhatian, semua gambar Adira bersama suaminya itu telah dipadamkan di
akaun instagram beliau tanpa diketahui punca yang sebenar.
Saturday, 23 July 2016
Filled Under:
Terasa Diperangkap , Tidak Perasan Bila Gambar Mesra Dirakam
Posted By:
hebat sungguh
on 17:35
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment