Sunday, 24 July 2016

Eh Awak Ni Banyak Dosa Ke? – Kisah Ibu Bersalin Dilayan Kasar Jururawat Sehingga Trauma



Tugas sebagai jururawat bukannya mudah, mereka perlu berurusan dengan pelbagai jenis ragam pesakit setiap hari. Oleh itu, ketelitian dan kesabaran yang tinggi amat penting dalam mengendalikan tugas. Tak dinafikan tugas mereka ni sangat penat tapi itu bukan alasan untuk bersikap kurang ajar dan kasar dengan pesakit.

Seperti pengalaman yang diceritakan wanita ini, dilayan dengan kasar dan cuai sehingga tertinggal uri dalam perut. Ditambah pula bahasa yang digunakan nurse itu sangat ‘kurang ajar’. Uish dasyat!


Contraction sangat regular dan kena admitted ward


Hari ni saya nak share pengalaman bersalin yang memang buat saya trauma tapi untuk tambah lagi tak la kan. Hurm. Pada hari isnin 11/7/2016, saya masih cuti raya. Waktu ni kandungan saya dh 39w++. So pagi tu saya bangun awai kemas-kemas rumah lepas seminggu balik kampung. Suami balik makan tengahari. Lepas makan tu perut saya rasa mcm nk cirit birit je. So dalam pukul 3 tu saya dah start kira contraction. Sakit 5 minit ke 5 minit. Saya risau jugak waktu tu tapi saya layankan je sebab tanda tak turun lagi. Sampai lah pukul 5 sakit tu. Saya call husband suruh balik. Husband pon balik dengan kalutnya sebab ni 1st time rasa nak bersalin.

Lepas cek bukaan baru 2cm tapi doktor cakap contraction saya sangat regular so saya kena admitted. Sakit makin lama makin terasa. Rasa kuat lagi sebab bila suami kt sebelah. Admitted dalam pukul 8 macam tu. Sakit makin kerap. Suami hantar makan dalam pukul 9lebih. Waktu tu mintak suami temankan ke toilet sebab sakit tak tahan sangat. Tengok-tengok darah dah turun. Nurse pon cek bukaan dah 4cm. Terus ke labour room. Masuk je labour room request husband temankan sebab at least bila ada husband kita kuat (kononnya la kan).
‘Eh, awak ni banyak dosa sangat ke hah sampai jadi macam ni?’


So bermulalah episod nak bersalin sangat sebab waktu tu sakit selang seminit dah. Mula-mula dapat nurse yang baik, dia pon check bukaan dan sangat berlembut (waktu tu saya dah sakit sangat-sangat asyik jerit Allah), tengok-tengok nurse yang baik tu dah habis waktu berkerja so tukarlah misi lain. Allahhu.. Misi yang kali ni mulutnya ya Allah. Nurse yang baik tu sebelum balik dah kena jerit-jerit hanya sebab selerakkan barang bersalin tu sikit ja pon. Dah la orang tengah sakit boleh pulak dia tunjuk lagak.

So waktu tu saya memang dah tak tahan sakit, misi tu pon datang dekat dengan mulut yang teramat-amat tak pikir perasaan orang. Dia boleh tanya saya pelik-pelik soalan, antara ayat yang keluar pada mulut misi ni ‘Eh, awak ni banyak dosa sangat ka hah yang jadi macam ni (hanya sebab saya asyik jerit ya Allah ya Allah), ‘hish awak ni la, sambil perbetul tempat check jantung baby (siap tampar lengan saya), ‘awak ni mesti dosa banyak, dah mintak ampun ka kat suami’, dan macam-macam lagi. Time tu saya tak layankan dia sebab dia dok complain banyak patient sangat waktu tu. Dia bising kat saya sampailah saya cakap baby nak keluar dah ni, dia buat tak tau ja padahal dah keluar kepala baby (dasyat sungguh perangai misi tu).
Mulut bising sambil buat kerja sampai uri tertinggal dalam perut


Last-last dia sambut dia tanya lagi, kamu ni buat dosa apa ni, macam mana kamu bela anak-anak kamu yang sebelum ni, tengok la anak kamu ni, ingatlah Allah dah bagi kifarah kat kamu, tengok anak kamu ni cacat. Ya Allaahh.. Mana la perasaan awak waktu tu misi. Sambil dia bersihkan baby, mulut dia masih bising-bising kat saya sedangkan dia kenal saya pun tidak dah pandai judge saya ni banyak dosa sebab tu anak saya dilahirkan macam tu. Bila mulut bising buat kerja tak ikhlas, boleh pulak dia tertinggal uri dalam perut saya, ya Allah misi, ikhlas lah buat kerja kamu sesungguhnya kerja kamu pahalanya besar. Dalam pada dah buat kesilapan boleh lagi dia cakap macam-macam kat saya macam saya ni pernah buat salah siap cakap ‘tau dak orang yang beranak ni Allah hapus dosa tapi saya tak tahu dosa awak ni Allah ampunkan atau tak sebab awak dah menyusahkan saya. Misi!! Menyusahkan awak? Saya beranak pon dok atas katil, teran baby pon saya yang teran, apa yang menyusahkan awak sangat tu?? Sebab saya jerit? Sebab saya tak tahan sakit ?? Atau sebab awak rasa awak ni banyak jasa sangat lepas maki saya macam-macam?

Dah tu dah nak keluarkan uri tu awak merungut, last-last misi tu suruh doktor yang carikan uri tu, alhamdulilah, dapat uri tu tanpa masalah dengan hanya 15 minit tapi misi tu korek tempat bersalin saya sejam!!! Sejam tak jumpa uri dalam perut saya sebab mulut jahat dia yang merungut sambil buat kerja!!! Dah dia jugak yang jahitkan saya!! Dia jahit punya lah sakit sangat-sangat !!! Lepas ja dia jahit dia blah macam tu ja. Dibiarkan saya terkangkang macam tu sampailah setengah jam. Ya Allah.. Mungkin ini ujian yang pertama engkau berikan supaya aku lebih bersabar dengan kerenah manusia.
Harap misi tu berubah dan jalankan tanggungjawab dengan ikhlas selepas ni


Datanglah doktor untuk cek tempat jahitan semua cuma jahitan tu dia buat tak kemas alasan apa yang dia beri pun tak tau. Misi, kalau lah awak ada masalah sekali pun jagalah mulut awak tu. Tak kira sepuluh tahun pun awak kerja. Ingatlah kalau nak buat mulut macam tu janganlah jadi misi nah. Sebab cara awak langsung tak profesional! Saya stay hospital pun saya bayar walaupon RM50 sekali pon! Jangan jangan jangan buat seorang ibu yang sedang bertarung nyawa melahirkan seorang bayi ke dalam dunia ni macam kami ni anjing depan mata awak! Kerjalah dengan ikhlas! Sia-sia awak ni islam tapi sayang perangai awak lagi teruk walaupun kerja awak kerja yang mulia!! Maaflah saya bukannya macam awak sampai nak mention nama awak kat sini. Saya harap sangat awak berubah satu hari nanti dan jalankan tanggungjawab awak sebagai misi dengan ikhlas walau macam mana buruknya perangai patient awak satu hari nanti!! Ingat ikhlas!! Ni lah kisah saya dengan misi yang takkan saya lupakan sampai saya susah nak terima apa yang misi tu cakap sampai sekarang! Oh ya saya bersalin di sebuah hospital kerajaan di Kedah. Saya harap sangat adalah misi tu baca dan sedar kesilapan dia.

Apa-apapun, isu sebegini seeloknya disuarakan terus kepada pihak hospital agar tindakan yang sewajarnya diambil untuk memberi pengajaran kepada jururawat yang bermasalah. Jangan kerana nila setitik, rosa susu sebelanga.

sumber: Info Ibu Hamil


Saturday, 23 July 2016

Suami Penyanyi Adira Membuat Satu Lagi Kejutan Dengan Mendakwa ADIRA…



Ketika video yang antara lain memaparkan aksinya merangkul pinggang pelakon baharu, Ruhainies masih hangat diperkatakan, suami penyanyi Adira membuat satu lagi kejutan dengan mendakwa isterinya berbadan dua.

Datuk Seri Adnan Abu yang ditemui pada majlis rumah terbuka anjurannya di sini, malam ini, mendakwa isterinya membuat ujian kehamilan di rumah dan menunjukkan tanda positif.

“Adira sudah membuat ujian di rumah menggunakan kit kehamilan dan didapati Adira mengandung. “Cuma saya belum membawanya berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan lanjut,” katanya.

Sejak Khamis lalu, video yang antara lain memaparkan aksi Adnan dan Ruhainies berjalan di sebuah pusat beli-belah di kawasan segi tiga emas di ibu negara, menjadi viral.

Dalam rakaman itu, Adnan dilihat merangkul pinggang Ruhainies ketika menaiki tangga bergerak selain berpegangan tangan di luar premis terbabit.

Dalam reaksi susulan, Ruhainies mendakwa dia diperangkap. Adnan pula dilaporkan sedia menjadikan aktres terbabit sebagai isteri ketiga jika ditakdirkan jodoh mereka.

Namun, dalam temuramah bersama sebuah akhbar lain, Adnan menyifatkan Ruhainies bukanlah calon isteri yang sesuai kerana beliau mencari wanita muslimah.

Ditanya mengenai sikapnya yang sering berdolak-dalik, Adnan meminta maaf kerana memutarbelit kenyataan melalui media yang menghubunginya, semalam.

“Macam ini, saya tetap dengan kenyataan pertama di mana saya memang sukakan Ruhainies. Cuma saya tidak tahu adakah dia mempunyai perasaan sama atau tidak,” katanya.

Sebelum ini, Adnan dan Ruhainies pernah bekerjasama bagi menjayakan sebuah video promosi Aidilfitri untuk syarikatnya. Adnan yang juga seorang usahawan, menjadikan Adira sebagai isteri kedua pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand.

http://www.bharian.com.my/node/176283


WAJAH TERKINI NASHA AZIZ YANG SANGAT MENAKUTKAN, PATUTLAH LAMA TAK MUNCUL DI KACA TV, 6 FOTO TERBARU NASHA AZIZ INI BAKAL MENGEJUTKAN ANDA !!!





 #Dah agak lama juga kita tak dengar berita tentang pelakon cantik manis ni kan.. baik dalam drama2 kat tv atau filem.

#Wajah terkini #Nasha Aziz ini kelihatan agak menakutkan. Apa dah jadi dengan wajah pelakon jelita yang pernah menjadi kegilaan lelaki di Malaysia tersebut?

#Apakah pelakon berkenaan melakukan ‘seuatu’ terhadap wajah beliau atau ianya sekadar kesan make-up sahaja?
#Jika dahulu, #kecantikan Nasha nampak natural namun macam dah berubah pula sekarang pada ketika usianya semakin meningkat.

#Hurmm mesti Nasha dah buat surgery kat wajah dia.. dulu seriusly memang cantik. Walaupun agak berumur tapi kami suka lihat wajahnya yang nampak manis, natural tu..

#Apapun diharap jejaka kat luar #sana tu janganlah kecewa sangat yer.. haha





Hanya 50 Hari Bergelar Isteri, Wanita Ini Diceraikan Sebaik Keguguran Kerana… Akulah Menantu Pilihan Ibu Mertua . Maruah Dipijak!


Perkahwinan yang bahagia, hidup bersama hingga ke akhir akhir. Jika ditanya kepada semua wanita di muka bumi ini nescaya semua daripada mereka mengimpikan perkahwinan yang sedemikian.

Namun nasib berbeza menimpa wanita ini yang cuma bergelar isteri selama 50 hari sahaja sebelum diceraikan suami kerana dikatakan campur tangan keluarga mertua. Lebih menyedihkan, dia keguguran anak kembar.


Nikah atas pilihan bekas mentua


Bismillahirrahmanirrahim. Since macam dah ‘penat’ nak CnP kisah berlakunya cerai yg tiba2 nie, saya rungkaikan sedikit sahaja sebagai pedoman dan panduan. Take it positively. Nak jaga aib org seboleh yg mampu.

Saya dgn bekas suami nikah atas pilihan bekas mentua saya. Kenal mmg tak lama, atas dasar jaga agama. Time nie respect la kan. Jaga hubungan sebelum nikah.

Maka, berlangsunglah majlis nikah, walimah, bertandang dlm masa 3 hari non stop. Saya stay dirumah mentua, (saya, bekas suami/mentua/adik2 ipar). Bekas suami anak sulung. Bekas suami seorang yg akan taat apa mak dia suruh/perintah tapi akhirnya makan diri.

Minggu pertama ok. Start minggu kedua dan seterusnya dah lain. Which is, mentua take over/control semua urusan dlm rumah tu. Bersangka baik. Tp bila dah dia masuk campur urusan rumahtangga saya, saya bincang dgn suami. Sy x kisah ditegur tp whole thing dikawal termasuk pergaulan sy dgn suami sendiri.

Nak berjalan berdua, salah. Makan berdua, salah. Kalau ikutkan, semua salah la. Yg tu satu hal. Bincang lagi dgn suami, mak awak tak boleh buat mcm nie. Kita dah suami isteri kan. Suami jawab, kita kena taat mak. Ok, jalan.
Dia cakap manja


Sampai la saya warded sebab bleeding. Pagi sahur tu dah bagitau mentua, nak pergi klinik. Dia x bagi, cakap saya manja lagi. Sampai la tak tahan mcm nk pengsan, baru la suami bawak pergi klinik. Tu pun lama jgk sbb nak dapatkan permission mak dia dulu. Saya dah nangis time nie. Sempat lagi la call nk bagitau nak bawak saya ke klinik.

Sampai klinik terus refer hospital sebab HB drop sampai 6. Bila dah warded saya dgn suami dah macam panas sebab doc ckp saya pregnant mayb twin tapi satu dah gugur (skrg dua2 dah xde dlm rahim). Saya warded pun kena marah jgk sbb menyusahkan anak dia nak keje. Saya cakap cuti je la. Tak boleh katanya sebab mak dia suruh keje, cari duit. Huhu. Mentua xnak cucu sebenarnya sebab katanya menyusahkan. Nak kena pakai banyak duit (bila mentality hanya hidup utk duit)

Discharged hari jumaat. Dia hantar balik rumah mak saya. Dia terus balik sbb mak dia dah pesan lepas hantar saya terus pergi keje. Hari terakhir jumpa suami. Malam tu last call dia cakap tension, stress sbb mak dia marah2 saya balik rumah family. Xde sape nak buat keje rumah, iron baju2 dia etc.
Maruah dipijak-pijak


Sampai la hari ahad (19/6), saya call beratus kali, wasap, msg suami. Langsung xtanye kabar isteri dia mcm mana. Sampai saya persoalkan jugak tanggungjwab dia sbg suami. Yelah, saya dibawah tanggungjawab dia. Last2, dia langsung hantar msg cerai atas sebab saya yg desak dia ceraikan saya (yg nie langsung tak wujud).

Malam tu saya kerumah dia sbb nak ambik brg2 saya. Maruah dipijak2. Nak salahkan saya atas semua nie. Barang2 dihumban dlm kotak je. Saya angkut. Suami langsung tak turun. Langsung xpertahankan maruah sy sebagai isteri dia. Umpama kain buruk la. Sebelum mintak jd isteri, sgt beradab la ambik sy dgn mak abah. Tapi, bila xnak buang mcm tu je. Semua end up by sms, call. Cerai pun buat main2, urusan hidup mereka pun main2 agaknya.

Ustazah, ustazah nie ustazah tau. Sepatutnya nasihat anak jgn sampai bercerai. Tapi, ustazah beria suruh anak ceraikan saya. Sebab? Sebab saya xikut ckp ustazah. Xde sape nak iron baju2 kan. Ustazah sedar saya pregnant tapi sengaja nak bunuh anak2 saya. Tegarnya hati.

Suami, xsalah nak pertahankan mak sendiri. Awak ada tanggungjwb awak jgk terhadap isteri. Ada perkara boleh ikut, ada boleh bantah. Even sy pregnant awak pun x ambik tahu. Cuma persoalkan tanggungjwb saya terhadap awak. Jadi, mna tanggungjwb awak selama nie. Nafkah langsung x bagi sebab mak xbg beri pd saya.
Buat macam hamba


Sila buang title ustaz, ustazah tu. Sangat tak layak. Mentua buat menantu macam pembantu. Suami buat isteri macam hamba. Ya, dunia akhir zaman. Nie baru sikit ceritanya. Kadang2, title tu mengaburi mata kita sebenarnya. Ingat boleh tumpang sikit2 ilmu agama.

Semua dah selesai. Selesai di dunia. Akhirat tanggung sendiri wahai bekas suami, mentua. Anak2 saya pun dah selamat kat syurga. Moga jadi asbab untuk sy ke syurga. Semoga jd asbab untuk kalian kerana menzalimi saya sebagai isteri, menantu.

Maka, berakhirlah kisah saya yg mengharapkan bercinta lepas nikah nie. Xsempat bercinta pun. Honeymoon pun ramai2. Ingatkan till jannah tapi till jahannam dia buat pada rumahtangga kami. Hati budi pun jauh sekali nak kenal. Saya tak cakap bercinta lepas nikah nie tak kekal lama tapi bergantung atas pengemudi rumah tangga tu sendiri. Thats why nikah nie amanah yg berat, tanggungjwb pun dah tak sama. Nak happy forever kena lalui suka dan duka.


Tq,
Lots of love,
LYDIA (12/7/2016)

Bukan mahu menakutkan pembaca namun diharap kisah benar yang diceritakan sendiri oleh wanita ini sedikit sebanyak memberi peringatan dan pengajaran kepada kita semua.

Maruah diri perlu dipertahankan. Moga awak tabah, yakinlah semuanya ada hikmah!



Sumber : Lydia Murni


Terasa Diperangkap , Tidak Perasan Bila Gambar Mesra Dirakam

 huhuuhuhuhuhuhuhu
Gara-gara video mesra ketika keluar bersama dengan suami Adira, Datuk Seri Adnan Abu terdedah kepada umum, Ruhainies berasa dirinya seperti diperangkap oleh individu yang sengaja mahu menyebarkan video itu. Beliau pada masa yang sama turut menafikan mempunyai hubungan istimewa dengan Datuk Red, tetapi mengaku pernah bertemu dengannya atas urusan kerja.

“Ya, itu memang saya dan kami memang ada berjumpa pada Khamis lalu atas urusan kerja dan saya ditemani oleh adik, pembantu peribadi serta beberapa kawan yang lain. Namun demi Allah, kami tiada sebarang hubungan istimewa, cuma saya rasa telah diperangkap kerana gambar peluk di bahagian pinggang itu saya tidak sedar pun bila ianya telah berlaku”

“Saya seperti diperangkap oleh dia untuk tujuan kontroversi dan popular dengan cara yang salah. Saya menyesal sangat terima perlawaan dia untuk berjumpa pada Khamis lalu sehingga muncul gambar-gambar begini. Saya percaya ada orang lain yang diupah untuk mengambil gambar kami untuk menampakkan seperti sedang bermesra dan sebarkan kepada umum”

Bagaimanapun, ketika ditanya mengenai dakwaan Ruhainies yang mengatakan video itu sengaja diambil oleh orang upahan Datuk Red ketika beliau memegang pinggannya, Datuk Red menepis dakwaan itu namun tidak menolak kemungkinan ingin berkawan dengan lebih dekat dengan pelakon itu, mahupun mengambilnya sebagai calon isteri yang ketiga.

“Secara jujurnya saya memang mahu berkawan dengan dia dan tidak salah rasanya kerana dia juga bujang. Saya pula masih ada dua kekosongan lagi. Isteri pertama tidak ada masalah kalau ingin berkahwin lagi, cuma dengan Adira sahajalah sukar untuk berbincang kerana kena ikut ‘angin’ dia dahulu,” katanya kepada m Star Online berhubung perkara itu.

Terdahulu, penyanyi terkenal, Adira telah berkahwin dengan ahli perniagaan itu sebagai isteri yang kedua di Songkhla, Thailand pada tahun 2015 lalu dan disahkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah. Namun apa yang menarik perhatian, semua gambar Adira bersama suaminya itu telah dipadamkan di akaun instagram beliau tanpa diketahui punca yang sebenar.


Luahan Madu Adira Buat Korang Terdiam , Nak Suka Atau Gembira ?

Baru-baru ini kecoh mengenai penyebaran video mesra suami penyanyi Adira, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali dengan Datuk Red dengan pelakon Ruhainies. Ramai yang buat spekulasi Datuk Red hanya inginkan publisiti dengan video tersebut dan terkena tempiasnya ialah isteri pertama, Syarifah Norshafila Binti Hassim.

Tak tahan dengan cakap-cakap orang, Datin Red muat naik luahan hatinya di Instagram.